Popular Products

Women Clothes

SUPPLIMENT



CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT ASLI


1. Basuh rumpai laut. Ramas2kan seperti membasuh beras. 5-7 kali

2. Rendam rumpai laut di dalam bekas plastik selama 5-8jam atau dibiarkan semalaman.

3. Setelah rumpai laut di rendam semalaman, basuh lagi sekali sebanyak 5-7 kali.

4. Gunakan 1.5 liter air untuk merebus rumpai laut. Gunakan api yang sederhana. Pastikan rumpai sentiasa dikacau untuk mengelakkan hangus dibahagian bawah. Masak sehingga hancur.

5. Selepas masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum diletak di dalam bekas plastik.

6. Kemudian, simpan didalam peti sejuk. (jangan simpan didalam bahagian sejukbeku pula)

7. Bila sudah sejuk, hasilnya rumpai laut akan menjadi seperti agar-agar.

Hasil rumpai laut selepas di sejukkan


** Untuk Rumpai Laut Ungu Pula:- 

Basuh 6x dengan air putih. Kemudian basuh 2x dengan air asam jawa. Basuh sekali lagi dengan air putih.

Masa rendam, gunakan daun pandan sekali.

Masa merebus pula, gunakan juga daun pandan untuk hilangkan bau hanyir pada rumpai laut.

















 CARA PENGAMBILAN

Ambil 2-3 sudu rumpai laut yang disimpan di peti sejuk. Simpan didalam gelas.

Seeloknya ambil semasa perut kosong 3x sehari. Boleh diminum bersama air berperisa jika tidak selesa dgn rasa original seperti sunquick, ribena, jus buah-buahan, air cincau, bandung dan lain2 lagi.



Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkafein/berkarbonat dan banyakkan minum air kosong.


CARA MEMBUAT MASKER 

1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 terbuka.
2. Sapu rata rumpai laut di muka.
3. Biarkan sekurang2nya 15minit atau semalaman sebelum dicuci.  Amalkan setiap hari.

** Tahukah anda, air rendaman untuk merendam rumpai laut semalaman dapat membantu membaiki rekahan pada tumit kaki.


WHATSAPP

WHATSAPP
017 7587395

CARA PEMBAYARAN

Cara Pembayaran